Virus Ransomware WannaCry: 5 Tips Untuk Elak Diri Dari Jadi Mangsa Seterusnya



APA ITU RANSOMWARE WANNACRY ?

Sejak kebelakangan ini, media-media tempatan mahupun luar negara hangat memperkatakan tentang kemunculan kembali serangan virus Ransomware WanaCrypt0r 2.0. Terbaru, virus ini berjaya menyerang hampir 100 buah negara (mungkin termasuk Malaysia) dengan melumpuhkan dan menyekat akses ke komputer sehingga tuntutan sejumlah wang dibayar. Fuh!

Ransomware merupakan perisian hasad (malicious software, malware) yang direka untuk menyerang dan menggunakan kelemahan keselamatan dalam sistem operasi Windows dengan mengunci fail pengguna melainkan mereka membayar penyerang sejumlah wang dituntut menggunakan mata wang maya, Bitcoin.



Ya! Dunia teknologi memang begini risikonya. Sekali komputer sudah berhubung dengan rangkaian jalur lebar, pengguna sudah terdedah dengan bermacam-macam risiko keselamatan dunia siber. Welcome to the club!



* * * * * * * * * * * * *

TIPS SUPAYA TIDAK JADI MANGSA

Berdasarkan pengalaman admin yang pernah kena suatu ketika dahulu, data-data yang telah disekat oleh virus ini amat sukar untuk dipulihkan semula dan memaksa admin untuk format segala data penting di dalamnya sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan perkara yang sama tidak berulang kembali, admin ingin berkongsi tips bagaimana untuk elakkan diri daripada menjadi mangsa virus Ransomware WannaCry ini.




1. Bagi pengguna sistem operasi Windows, Windows telah melancarkan kemaskini terbaru dari segi penambahan sistem keselamatan. Jadi, jalankan Windows Update anda secepat yang mungkin.

2. Elakkan daripada menggunakan WiFi awam (public wifi). Contohnya di hotel, cafe atau di mana sahaja yang menyediakan wifi secara percuma.

3. Sentiasa menjalankan sistem backup data sekerap yang mungkin. Anda juga boleh menyimpan data-data penting di cloud storage seperti Google Drive, Dropbox dan lain-lain lagi (sila Google). Seterusnya, simpan satu salinan backup di dalam hard disk (offline).

4. Pastikan anda menggunakan antivirus di dalam komputer dan kemaskini versi terbaru perisian ini sekiranya ada. Antivirus boleh dibeli secara online seperti Kaspersky, Avira, Avast, Eset dan macam-macam lagi.

5. Elakkan daripada klik sebarang URL atau pautan yang meragukan termasuklah emel dari pengirim yang tidak dikenali.

PERHATIAN!

Sekiranya anda tidak mahir untuk melakukan tips-tips seperti di atas, sila dapatkan nasihat dan bantuan dari pakar IT.

* * * * * * * * * * * * *

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.